Ahad, 24 September 2017

JADUAL PEMAKANAN KUCING.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Kepada cat lovers, ini sekadar perkongsian. tolong lah elakkan bagi kucing makan makanan segera sepanjang masa, kalau boleh dalam seminggu sekali atau dua kali bagi mereka makan ikan rebus atau ayam rebus. Ikan rebus atau ayam rebus yang dicampur dengan kentang rebus atau carrot rebus yang diblander, kalau boleh selang seli makanan kering (dry food) dan makanan basah (Wet food), kerana kucing mudah terkena batu karang jika diberi makan makanan segera sepanjang masa, ini doktor yg bagi tahu masa saya buat rawatan kucing saya yang terkena batu karang setahun yang lepas.


Tapi ada juga kucing yang susah nak makan makanan lain seperti ikan rebus atau ayam, bila dari kitten diajar makanan segera. Kepada kucing yang masalah macam ni tak susah sebenarnaya nak ajar mereka makan makanan lain. Saya biasa campur ikan atau ayam rebus dengan vitamin semasa nak bagi mereka makan.


Tetapi sebagai peringatan, ikan juga tidak boleh selalu diberi kepada kucing, kadang-kadang ikan juga boleh membuatkan kucing keracunan. Banyak juga kucing yang sensitif atau alergi terhadap ikan. Ikan merupakan salah satu dari 3 makanan yang sering menimbulkan alergi terhadap kucing terutamanya ikan tuna. Jadi sebaik-baiknya bagi lah ikan sekali atau dua kali je seminggu. Susah juga ye itu tak boleh..ini tak boleh..hihihi




Ini ikan tuna rebus dan carrot rebus, saya campurkan sedikit vitamin masa hendak blander.

      

 




 

Ini sebahagian anak-anak kesayangan saya, ibu dan bapak mereka asalnya kucing punggut, yang saya ambil dari salah satu pusat jagaan kucing terbiar di putrajaya.

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengurangkan kolestrol dengan memelihara kucing.

Menurut kepercayaan sesetengah masyarakat, menganiaya kucing baik dengan sengaja atau tidak sengaja, boleh mendatangkan bencana dalam hidu...