Ahad, 24 September 2017

JADUAL PEMAKANAN KUCING.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Kepada cat lovers, ini sekadar perkongsian. tolong lah elakkan bagi kucing makan makanan segera sepanjang masa, kalau boleh dalam seminggu sekali atau dua kali bagi mereka makan ikan rebus atau ayam rebus. Ikan rebus atau ayam rebus yang dicampur dengan kentang rebus atau carrot rebus yang diblander, kalau boleh selang seli makanan kering (dry food) dan makanan basah (Wet food), kerana kucing mudah terkena batu karang jika diberi makan makanan segera sepanjang masa, ini doktor yg bagi tahu masa saya buat rawatan kucing saya yang terkena batu karang setahun yang lepas.


Tapi ada juga kucing yang susah nak makan makanan lain seperti ikan rebus atau ayam, bila dari kitten diajar makanan segera. Kepada kucing yang masalah macam ni tak susah sebenarnaya nak ajar mereka makan makanan lain. Saya biasa campur ikan atau ayam rebus dengan vitamin semasa nak bagi mereka makan.


Tetapi sebagai peringatan, ikan juga tidak boleh selalu diberi kepada kucing, kadang-kadang ikan juga boleh membuatkan kucing keracunan. Banyak juga kucing yang sensitif atau alergi terhadap ikan. Ikan merupakan salah satu dari 3 makanan yang sering menimbulkan alergi terhadap kucing terutamanya ikan tuna. Jadi sebaik-baiknya bagi lah ikan sekali atau dua kali je seminggu. Susah juga ye itu tak boleh..ini tak boleh..hihihi




Ini ikan tuna rebus dan carrot rebus, saya campurkan sedikit vitamin masa hendak blander.

      

 




 

Ini sebahagian anak-anak kesayangan saya, ibu dan bapak mereka asalnya kucing punggut, yang saya ambil dari salah satu pusat jagaan kucing terbiar di putrajaya.

 
 

Sabtu, 16 September 2017

Aktiviti Berkongsi Rezeki Dengan Makhluk Allah











Aktiviti biasa dihujung minggu, hari ni bawa 5kg makanan kucing untuk diagihkan, kepada kucing-kucing terbiar. Minggu ni lokasinya shah alam dan petaling jaya pula. Biasa saya dan bersama seorang lagi kawan buat aktiviti ini diwaktu malam. Minggu lepas disekitar kuala lumpur dan ampang. Terima kasih kpada kawan yang turut sama membantu.

Bersedekah Kepada Haiwan


Tips murah rezeki dengan BERSEDEKAH KEPADA HAIWAN.

Kita nak bersedekah ni bukan kepada manusia je, kita lupa yg kita juga boleh bersedekah
kepada makhluk allah selain dari manusia, iaitu binatang.

Orang kata kalau nak murah rezeki, nak hidup tenang, senang, kongsi rezeki dgn makhluk tuhan, contohnya kucing, burung, monyet atau binatang2 lain.
...
Pernah tak kita tengok binatang2 disekeliling kita terutama kucing terbiar,  mereka juga makhluk allah yang bernyawa..mereka juga ada perasaan..dan berasa lapar..mereka juga sakit..mereka juga ada anak utk diberi makan.. 


Yang paling sy sedih saat tengah makan di gerai datang seekor kucing memegang peha sy dan matanya menatap mata sy sambil mengiow meminta belas kasihan demi secebis makanan utk mengalas perut.. Yaa Allah boleh menitis air mata..


"pada setiap sedekah terhadap makhluk yang memiliki hati (jantung) yang hidup, akan dapat pahala kebaikan. Seorang muslim yang menanam tanaman atau tumbuhan yg kemudian dimakan oleh burung-burung manusia atau binatang maka baginya sebagai sedekah " (Bukhari. Muslim)

Jadi jgn lah berkira utk beli makanan kucing, simpan dlm kereta, motor atau dlm hbag..klau terjumpa je kucing kelaparan, bagi je, insya allah rezeki kita menjadi mudah.

'…tidak satu pun makhluk bergerak dibumi melainkan dijamin
oleh allah rezekinya " ( surah hud, ayat 6).

Mengurangkan kolestrol dengan memelihara kucing.

Menurut kepercayaan sesetengah masyarakat, menganiaya kucing baik dengan sengaja atau tidak sengaja, boleh mendatangkan bencana dalam hidu...