Ahad, 1 Oktober 2017

Mengurangkan kolestrol dengan memelihara kucing.



Menurut kepercayaan sesetengah masyarakat, menganiaya kucing baik dengan sengaja atau tidak sengaja, boleh mendatangkan bencana dalam hidup. Kerana  doa kucing lebih makbul dari apapun binatang-binatang yg hidup di dunia ini. Ada juga pendapat mengatakan doa seekor kucing kelaparan lebih makbul daripada doa satu jamaah manusia kekenyangan.

Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar dari Nabi ShallAllahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,
“Seorang wanita disiksa karena seekor kucing yang dia kurung sampai mati. Dia masuk Neraka kerananya. Dia tidak memberinya makan dan minum sewaktu mengurungnya. Dia tidak pula melepaskanya mencari makan dari serangga bumi.”

Dan sebahagian ulama melarang Umat Islam menyiksa kucing apalagi sampai mengusir ataupun membuangnya. sehinggakan Rasulullah SAW sendiri menasihati supaya mengikhlaskan makanan yang dicuri kucing.
Cuba renungkan Hadits Rasulullah SAW berikut ini.
"Ikhlaskanlah sebagian lauk kalian untuk seekor kucing" (HR Musilm)

Allah memberi kelebihan kepada seekor kucing yang kelebihan-kelebihan tersebut tidak  dimiliki oleh anjing, haiwan-haiwan lain malah harimau yg ganas sekalipun.

Ini adalah antara kelebihan-kelebihan kucing:

Kucing adalah haiwan kesayangan Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda dalam haditsnya yang bermaksud:
"barangsiapa yang menyelamatkan kucing dari kelaparan dan kehausan maka dia sebagian dari Umatku dan barang siapa menganiaya kucing maka dia bukanlah dari golonganku" (HR Jam'ah)
Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan supaya menyayangi kucing peliharaan, seperti keluarga sendiri. Tak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah juga amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan saat ditinggal pergi oleh si kucing.

 
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi gelaran Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), karena kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan.

kucing dianggap suci sehinggakan air yg diminum kucing boleh digunakan utk berwuduk.

Kucing merupakan haiwan yg mudah jinak dan mudah mesra dengan manusia, walaupun manusia itu baru dikenalinya.

Memelihara kucing merupakan suatu terapi emosi yang sangat baik. Kucing adalah teman yang setia dan anda tidak akan merasa sunyi apabila melayan karenahnya.. sesuai untuk insan-insan kesepian..hihi

Percayakah anda dengan hanya mengusap-ngusap  kucing dapat membantu menurunkan tekanan darah, mengurangkan tekanan jantung, boleh menghilangkan perasaan marah, membantu anda merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stress. haaa..kepada yg tengah tertekan rasa nak marah tu pergi lah ambil kucing dan belai-belai kucing ye.

WOWWW..yang ni yang paling saya suka...hahaha..Berdasarkan kajian  pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia...haaaa apa lagi..nak kurus bela lah kucing.


Kucing merespon panggilan wanita lebih baik dari pada panggilan lelaki, mungkin karena suara wanita memiliki puncak yang lebih tinggi..woowww.

Seekor kucing dapat mengetahui perubahan perasaan anda, dan apa yang ada dalam hati anda kadang-kadang itu akan mempengaruhi kucing Anda.

Kucing adalah haiwan yg sangat pembersih. Lebih 30% daripada masa seharian kucing dihabiskan untuk mencantikkan diri mereka.

Kucing punya memori yang lebih baik dari anjing, monyet dan orang utan.

Dan akhir sekali, kalau seorang pencinta kucing berkahwin dengan pencinta kucing yang lain, mereka akan bahagia selamanya, eekkkk??? mmmmm...yang ni tak dapat nak cakap apa lah.

Ini lah sebahagian dari kelebihan dan keistimewaan kucing, sebenar banyak lagi keistimewaan haiwan comel kesayangan nabi ni, tapi hanya ini yang dapat sy ceritakan utk kali ni.

Selamat membaca..BYE.









Ahad, 24 September 2017

JADUAL PEMAKANAN KUCING.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Kepada cat lovers, ini sekadar perkongsian. tolong lah elakkan bagi kucing makan makanan segera sepanjang masa, kalau boleh dalam seminggu sekali atau dua kali bagi mereka makan ikan rebus atau ayam rebus. Ikan rebus atau ayam rebus yang dicampur dengan kentang rebus atau carrot rebus yang diblander, kalau boleh selang seli makanan kering (dry food) dan makanan basah (Wet food), kerana kucing mudah terkena batu karang jika diberi makan makanan segera sepanjang masa, ini doktor yg bagi tahu masa saya buat rawatan kucing saya yang terkena batu karang setahun yang lepas.


Tapi ada juga kucing yang susah nak makan makanan lain seperti ikan rebus atau ayam, bila dari kitten diajar makanan segera. Kepada kucing yang masalah macam ni tak susah sebenarnaya nak ajar mereka makan makanan lain. Saya biasa campur ikan atau ayam rebus dengan vitamin semasa nak bagi mereka makan.


Tetapi sebagai peringatan, ikan juga tidak boleh selalu diberi kepada kucing, kadang-kadang ikan juga boleh membuatkan kucing keracunan. Banyak juga kucing yang sensitif atau alergi terhadap ikan. Ikan merupakan salah satu dari 3 makanan yang sering menimbulkan alergi terhadap kucing terutamanya ikan tuna. Jadi sebaik-baiknya bagi lah ikan sekali atau dua kali je seminggu. Susah juga ye itu tak boleh..ini tak boleh..hihihi




Ini ikan tuna rebus dan carrot rebus, saya campurkan sedikit vitamin masa hendak blander.

      

 




 

Ini sebahagian anak-anak kesayangan saya, ibu dan bapak mereka asalnya kucing punggut, yang saya ambil dari salah satu pusat jagaan kucing terbiar di putrajaya.

 
 

Sabtu, 16 September 2017

Aktiviti Berkongsi Rezeki Dengan Makhluk Allah











Aktiviti biasa dihujung minggu, hari ni bawa 5kg makanan kucing untuk diagihkan, kepada kucing-kucing terbiar. Minggu ni lokasinya shah alam dan petaling jaya pula. Biasa saya dan bersama seorang lagi kawan buat aktiviti ini diwaktu malam. Minggu lepas disekitar kuala lumpur dan ampang. Terima kasih kpada kawan yang turut sama membantu.

Bersedekah Kepada Haiwan


Tips murah rezeki dengan BERSEDEKAH KEPADA HAIWAN.

Kita nak bersedekah ni bukan kepada manusia je, kita lupa yg kita juga boleh bersedekah
kepada makhluk allah selain dari manusia, iaitu binatang.

Orang kata kalau nak murah rezeki, nak hidup tenang, senang, kongsi rezeki dgn makhluk tuhan, contohnya kucing, burung, monyet atau binatang2 lain.
...
Pernah tak kita tengok binatang2 disekeliling kita terutama kucing terbiar,  mereka juga makhluk allah yang bernyawa..mereka juga ada perasaan..dan berasa lapar..mereka juga sakit..mereka juga ada anak utk diberi makan.. 


Yang paling sy sedih saat tengah makan di gerai datang seekor kucing memegang peha sy dan matanya menatap mata sy sambil mengiow meminta belas kasihan demi secebis makanan utk mengalas perut.. Yaa Allah boleh menitis air mata..


"pada setiap sedekah terhadap makhluk yang memiliki hati (jantung) yang hidup, akan dapat pahala kebaikan. Seorang muslim yang menanam tanaman atau tumbuhan yg kemudian dimakan oleh burung-burung manusia atau binatang maka baginya sebagai sedekah " (Bukhari. Muslim)

Jadi jgn lah berkira utk beli makanan kucing, simpan dlm kereta, motor atau dlm hbag..klau terjumpa je kucing kelaparan, bagi je, insya allah rezeki kita menjadi mudah.

'…tidak satu pun makhluk bergerak dibumi melainkan dijamin
oleh allah rezekinya " ( surah hud, ayat 6).

Mengurangkan kolestrol dengan memelihara kucing.

Menurut kepercayaan sesetengah masyarakat, menganiaya kucing baik dengan sengaja atau tidak sengaja, boleh mendatangkan bencana dalam hidu...